Jalan Pulang - Saujana & syifa


1.Lagu yang penuh makna ini dicipta oleh Epul Mestica dan liriknya ilham Aishah (Janji Manismu). Lagu ini termuat di dalam album Seri Hati Syifa.

2.Lagu ni kami tujukan untuk sesiap sahaja yang sedang mencari jalan pulang. Sesungguhnya Allah sentiasa di sisi kita untuk menerima kembali diri kita yang mungkin telah terlanjur.

3.Insya Allah, kami akan tampil dengan single terbaru dalam masa yang terdekat.

 
Dua Belas Tahun Saujana
16 April nanti genaplah usia SAUJANA Dua Belas Tahun. Sejak ditubuhkan pada 1997 di Sek Menengah Agama Persekutuan Kajang hinggalah kini, kami bersyukur pada Allah yang mengizinkan kami untuk terus berjalan. Syukur juga kerana Allah utuskan kalian, sahabat-sahabat peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan, Ada beberapa perubahan dan berita yang ingin kami sajikan sempena ulangtahun ke12 SAUJANA ni. Nak tau? Hmm kena sabar dulu yer. Kami akan maklumkan dari masa ke semasa,,, Azam? Semestinya untuk menjadi lebih baik daripada yang lalu.
Last Updated ( Monday, 30 March 2009 )
 
Penjelasan Isu Dr Izu
Sesiapa sahaja pasti terkejut mendengarkan berita menyaksikan kisah yang terpapar di media mengenai sahabat kita, Khairul Idzwan Baharin. Kalau anda sedih, bayangkan apa pula perasaan sahabat-sahabat Saujana, ahli keluarga, malah guru-guru di SMAP Kajang. Bukan kepalang.

Kami dihujani komen dan panggilan bertanyakan reaksi dan respon. Wartawan, teman, peminat, keluarga. Tapi jawapan kami terbatas. Kami sendiri sudah hampir tiga tahun tidak bertemu Izu. Kalaupun berjumpa, hanya di talian atau SMS. Berita yang kami dapat pun melalui kawan-kawan yang tidak ketahuan kebenaran khabarnya. Jadi, mungkin Izu ada alasan tersendiri mengapa begitu jadinya.  Kami mohon maaf sekiranya Izu telah melukakan hati kalian. Apapun, marilah kita sama-sama doakan semoga Allah sentiasa di sisi untuk membantu dan memberi hidayah. Janganlah menghitung, kerana Allah itu sebaik-baik penghitung. Janganlah mengeji, kerana Allah jualah yang membalas nanti. Kerana doa itu senjata mukmin, maka doa jualah penawarnya.

Saujana takkan berhenti...
 
Tukar Channel!
JUMAAT 6 pagi dan ulangannya 2 petang di TV2. Itulah waktu dan siaran baru Nasyid Minggu Ini - sebuah rancangan carta nasyid TV terbitan JAKIM ini bermula tahun 2009. Jadi pada sesiapa yang biasa menantikanPyan dan Suraya pada waktu siarannya seperti sebelum ini, pastikan anda mendapatkan waktu yang baru dan siaran barunya di TV2 ya! Yang penting, jangan lupa mengundi lagu kegemaran anda.
Sebagai makluman, sepanjang bulan Januari 2009 ini artis jemputan NMI ialah HIJJAZ. Manakala Rabbani dan Saujana akan muncul sebagai tetamu bulan Februari.
Last Updated ( Friday, 16 January 2009 )
 
Saujana Berduet Dalam Album Kedua Syifa'
Jalan Pulang merupakan judul lagu yang terdapat di dalam album kedua kumpulan Syifa' yang baru terbit. Edaran: Hijjaz Records. Lagu ini dicipta dan diterbitkan oleh Epul Mestica dan lirik oleh Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu. Lagu yang penuh keinsafan dan tak rugi kalau kalian mendengarkannya. Apapun, Saujana amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada Syifa' yang telah memberikan peluang kepada kami untuk turut sama menyumbang suara (bukan sumbangkan suara taw!) dalam album Seri Hati... Untuk info lanjut boleh la lawati www.syifa.com.my .
Last Updated ( Tuesday, 13 January 2009 )
 
Boikot Produk Yahudi!
"Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani ke atas kamu (muslim) sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka". Itu ayat Allah yang memberi pesan dan amaran kepada muslimin. Cuba fikirkan, bukankah kita sedang meniti jejak mereka sekiranya kira membeli barangan yang mereka hasilkan sehari-hari? Cuba bayangkan setiap belian itu akan ditukar menjadi sebutir peluru atau senjata yang dihantar untuk membunuh saudara kita sendiri di Palestin? Iraq? Afghanishtan? Mulakan jihad ekonomi kita dengan memboikot produk keluaran mereka, Tak kiralah Israel, Amerika atau sekutu-sekutu mereka. Allahhu Akbar!
Last Updated ( Wednesday, 14 January 2009 )